SETITIK TINTA, SELEMBAR BICARA.......DARI GURU BESAR
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
Allhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya saya berrpeluang mengabadikan setitik tinta, selembar bicara di laman Web, Sekolah Kebangsaan Convent, Muar, Johor.
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang penting di peringkat asas. Untuk itu pelbagai rancangan dan prasarana yang terbaik disediakan bagi memenuhi keperluan semua murid tanpa mengira kaum, atau agama.sehubungan itu kita sentiasa berusaha ke arah memperkukuhkan system pendidikan yang kini memasuki alaf baru atau zaman millennium. Usaha tersebut perlu sejajar dengan hasrat Malaysia yang ingin menjadi negara maju pada tahun 2020 berasaskan konsep 1 Malaysia.
Sekolah Kebangsaan Convent, Muar turut menyahut cabaran tersebut dengan menyempurnakan dasar ke arah sistem pengurusan kualiti yang relevan dengan tugas dan tanggungjawab pada masa kini terutama dalam memimpin, mengurus dan mentadbir hal-hal berkaitan pendidikan anak-anak didik kita. Aspek jaminan kualiti dan kawalan kualiti merupakan dua aspek yang sentiasa diberi penekanan.
Justeru itu, guru-guru dan ibu bapa berperanan penting dalam usaha melahirkan anak-anak yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang kurikulum malah kokurikulum selain cemerlang dalam aspek sahsiah dan emosi agar mereka menjadi insan yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan dunia sejagat.
Disini juga saya mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang berjaya mencapai 5A dalam UPSR 2009, Syabas juga diucapkan kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Convent kerana sekolah ini berjaya muncul sebagai Sekolah Terbaik dalam negeri Johor kategori Sekolah Kebangsaan di mana Gred Purata sekolah (GPS) adalah 1.45. Semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang dan cabaran kepada pelajar-pelajar lain. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kerjasama semua warga pendidik sekolah ini dan di atas segala kejayaan yang telah kita perolehi dalam pelbagai bidang. Marilah kita bersama-sama meningkatkan kualiti diri , perbaiki segala kekurangan dan pertahankan segala kekuatan, selain mempertingkatkan lagi kecemerlangan sedia ada.
Sekian, terima kasih.
Puan Rohana bt Selamat
Guru Besar
SK Convent, Muar
|